Followers

Nuffnang

Pages

18 January 2017

GIVEAWAY NIYAZ 1ST YEAR BIRTHDAY BY DEARIESCOUPLE



GIVEAWAY NIYAZ 1ST YEAR BIRTHDAY BY DEARIESCOUPLE

klik banner untuk join


Syarat simple je nak join nih :

1) Follow blog Liez
2) Follow Google + Liez
3) Buat satu entri simple dan backlink kan 
ke entri Liez ni dibahagian komen

GIVEAWAY NIYAZ 1ST YEAR BIRTHDAY BY DEARIESCOUPLE bermula 9 Januari sehingga 9 Februari 2017


Hadiah:
Hadiah misteri untuk 2 blogger bertuah
Akan diumumkan pada 27 Februari 2017



Good luck !

Giveaway India & Tahun Baru by Dyllarezan



Hi gais. Hehe baru nak jenguk balik ye. Busy berdrama je kat rumah ni huhu. Okay so kita sambung balik join ga. Lets go !


Giveaway India & Tahun Baru by Dyllarezan


klik banner untuk join


Giveaway ini berlangsung dari 1 JANUARI 2017 - 1 FEBRUARI 2017. 


Cara penyertaan untuk bloggers; 

  1. FOLLOW blog dyllarezan.blogspot.my dan LIKE Facebook page DYLLAREZAN 
  2. Tulis dan publish satu post bertajuk "Giveaway India & Tahun Baru by Dyllarezan".
  3. Letak banner di atas dan backlink kan post anda ke entry ini.
  4. Tinggalkan link post anda di ruangan komen entry ini. 
  5. Komen kat posts Dylla kat blog Dyllarezan ni, termasuk post post India Dylla yang bakal di update tak lama lagi. 

10 pemenang bertuah akan dipilih berdasarkan siapa yang komen paling banyak, dan semestinya yang join giveaway ini sahaja. List top komentar boleh didapati di bahagian kanan blog Dylla ni.

Cara penyertaan untuk Instagrammers;

  1. FOLLOW Instagram dylla - @dyllarezan dan LIKE Facebook page DYLLAREZAN 
  2. Like gambar Dylla (tak semestinya semua, hanya untuk confirmation dah follow Dylla)
  3. Tinggalkan username Instagram anda di ruangan komen entry ini

5 pemenang bertuah akan dipilih dengan menggunakan random.org.



All the best semua !



14 January 2017

2017 First Giveaway By SFRNFZL



Hai gaiss. So memandangkan dah cuti sem, boleh la nak join sikit sikit ga ni semua. And a few ga aku terlepas huwaa. Takpela, takde rezeki. Besides, ada banyak lagi ga yang mendatang ni kann so kena grab cepat cepat. Nah, ni ga dia buat sebulan tauu so masih sempat nak join. Jom join!



Tarikh giveaway berlangsung: 2 Jan - 2 Feb 2017.


Haa alang-alang dah dekat bulan februari tu, apa la salahnya kalau tuan empunya sfrnfzl bagi hadiah tu kat saya as hadiah birthday. hihi okay gurau je. My birthday memang la bulan feb tapi takde la eager sangat nak suruh bagi hadiah kan hehe. Just, kalau nak bagi salahnya huhu πŸ˜†

Okay, so sesiapa yang belum join tu mai la join. Senang je syarat nak follow. Just follow blog SFRNFZL and leave your url blog plus email. Simple je kan?

Good luck semua !



13 January 2017

Final Exam Is Over



Hai gaiss ! Wuhuu I'm back !😎 Alhamdulillah, finally habis jugak final exam hihi πŸ™†πŸ™†πŸ™† Actually dah habis dah hari rabu, 11 Jan semalam. Tapi sebab after je paper semalam perghh terus keluar jalan-jalan la apa lagi kan haha. Aku dengan kawan aku pergi KL, naik kereta sewa. Dah la baru lepas exam kan, pastu turun dari puncak alam ke kl fuhhh. Kitaorang pergi Times Square, diorang la ajak pergi sana sebab ada sorang kawan aku tu beria-ria nak naik roller coaster kat sana hahaha. So pergi la jugak sana, lepas zohor kitaorang gerak.

Sebenarnya kalau nak diikutkan, pagi tu before exam biochem(my last paper tu), memang aku rasa macam, entah la macam nervous ke apa ke, and rasa macam tak sedap je tekak, macam nak muntah. Hmm dan dan pagi tu tanya la siapa ada gula nak bagi kurang sikit rasa nak muntah tu. Makan gula kurang la jugak sikit rasa nak muntah tu. But, haaa ada tapi tu. Dah la sakit kepala nak muntah bagai, pergi times square, naik pula 3 first game yang semuanya ada pusing pusing. Ya allah.... macam mana la tak bertambah rasa pening dengan muntah tu kan 😹 Aduhaiii.. pastu main sikit lagi then solat asar kejap. 

Sambung balik main. And my last game tahu tak apa? Kalau siapa yang pernah pergi times square theme park ni. haa tahu tak game yang mixer eh ke apa entah nama dia, yang pusing pusing 360 darjah tu. Dekat dengan yang game bull tu. Haaa itulah last game aku main and memang rasa macam pertama dan terakhir la aku naik. Seronok memang gila seronok menjerit je kerja sampai budak budak lelaki kat seat belakang tu pun aku asyik dengar jugak la menjerit hahaha. Tapi effect dia perghhh, rasa nak muntah wehh lepas naik tu. Bukan lepas, sebelum turun tu dah rasa macam nak muntah. Maybe sebab dari pagi kan aku memang tak sihat sangat, nak muntah. Pastu naik game ni semua memang lagi bertambah la kan huhu. Perut pun rasa senak semacam je. Tapi lepas makan malam kat sana, aku rasa hilang segala rasa nak muntah tu haha. Maybe antara sebabnya jugak sebab tengahari pun aku tak makan nasi just buah and benda yang goreng goreng tu. 

Anyway, I'm still happy dapat hangout lepak lepak dengan kawan kawan aku after exam. Dah la kitaorang drive pergi sana kan, berpusing pusing nak sampai sana. But overall just fine, happy. Balik tu memang terus tidur la. Sebab esok paginya, means pagi tadi aku ada meeting persatuan. So kenalah pergi, aku kan ahli berdedikasi 'sangat' hihi. 

So dah relaks, boleh la nak update blog kan. Haa pulak tu dengan giveaway yang dah melambak aku tak join lagi ni. Dah bookmark, tinggal nak join je. Harapnya cuti ni rajin la aku update blog hehe. Takdelah, sebab petang tadi pun dah duduk la hadap laptop tengok cerita so mana nak ingat benda lain kan. Aku sedap sedap tengok cerita, roommate aku dengan housemate aku yang lain tengah study, exam esok kahkahkah. Aku tak balik lagi, esok baru nak balik sebab parents aku kerja so tunggu la hujung minggu baru ambil aku.

Okayyy so any update next pasal blog aku ni, stay tuned okay. Banyak dah list entry(cehh hahaha) tinggal rajin tak rajin, ingat tak ingat je huhu. So, kita stop sampai sini dulu. Apa apa cerita sambung next entry. 

Ehh cop cop! Haa lupa pulak satu lagi hehe. Hari tu kan ada join ga melly tu, and alhamdulillah menang doodle by safiena. Yeayy ! Nah, ini dia doodle tu.


Weet weet. Comel tak?? Hehe. By the way, thank youu so much sis +Nur Safiena for this doodle and also sis melly yang organize the ga. Haa sesiapa yang nak tempah doodle ke, design apa ke, boleh la order dengan dia okay. Toksah malu segan ke apa, she is very nice. Boleh la terjah link ni kalau nak order design ke apa apa la okayy.

Blog
Facebook

Sambil-sambil tu, doakanlah aku mudah mudahan result keluar nanti baik baik je. Kalau lebih baik lagi, harapnya dapat la dekan. Insyaallah, aminn.



Have a good day everyone !

πŸ’–πŸ’–πŸ’–


πŸ˜‰


1 January 2017

Suprise in 2k17 ?



Hai semuaaa ! Happy new year gais ! πŸŽ‰ Tak sangka now we are in the year 2017. Wuhuuuu... Lambat sikit wish. Busy. Nak masuk second day of 2017 dah ni. Okay okay, actually aku pun takleh nak cerita panjang lama lama ke apa sebab I have to study for my final exam. Belum habis lagi, baru dua paper down and still have another five paper to go. Pheww... So this entry just a short one.

Btw, mesti korang semua ada azam. Cliche la kan soalan tu, sejak sekolah rendah menengah kolej sampai uni pun still soalan azam tak pernah lenyap haha. Aku tak nak cerita nanti jadi panjang berjela huhu. Sebenarnya nak share gambar yang erafm punya tu yang pasal azam tahun ni, dalam bentuk gif tu tapi sebab aku sebenarnya taip this entry guna phone so entah kenapa payah benor nak letak gambar. Malaih la nak bukak laptop. Maaf la kalau kebosanan baca entry aku yang plain takde gambar huhu. So korang ada dapat tak? Haa itu kawan aku la send kat whatsapp. Kena screenshot then see whats your azam. Me, first screenshot dapat azam nak cari boyfriend baru. Lol hahahhaa memang tak laaa πŸ˜‚ Final sem 1 pun belum lepas ada hati nak cari boyfriend kahkah.

Haa kalau korang ada dapat gif tu, cer share sikit apa azam yang korang dapat. Aku screenshot banyak kali haha ada dapat azam nak jadi gemuk. Ciss haha. Okay okay ni pun dah panjang dah padahal tadi kata this the short one hehe.

Okay so memandangkan dah masuk tahun baru ni, aku ingat nak buat something suprisee ! Ecehh.. Apakah itu?? Haa cadangnya nanti lepas habis final aku nak penuhkan blog ni dengan entry. (Hmm macam berangan je lebih hahaha jangan tak jadi sudah). And plus, in one of the entry ada suprise menanti. Macam nak buat giveaway, opss alamak terlepas ehehe. Hadiah pun takde terfikir nak bagi apa dah ada hati nak buat ga kann. Tapi suka tengok orang buat ga and wondering bila la aku nak buat ga ni. Huhuhu. Apa apa pun, kalau nak tahu jadi ke tak jadi giveaway ni nanti, haa please stay tuned kayyhh. Takut tak jadi je sebab nanti duk rumah habis dok layan drama je memanjang hihihi.

So kalau jadi buat ga ni, korang join la. Hadiah maybe tak la seberapa kot (yelaa sebab aku tak fikir lagi huhu), so join je la for fun kahkah. Acahnyaa aku ni nak buat ga. Jadi kalau nak hadiah tu haa doa doa la bebanyak supaya aku buat ga. Seram jugak tak pernah buat ga tetiba nak buat. Ni semua perancangan kat otak je, tak catit apa. Kalau aku terlupa please remind me okay hehe.

Oraitt, sampai sini je la. Nak study. Banyak lagi sis tak cover fuhh. Doakan la untuk sis yang sedang bertarung berperang untuk final. Oh ya, aku habis final 11 hb so tunggu la entry aku after 11 hb nanti okay? Insyaallah aku cuba merajinkan diri aku nanti post entry banyak banyak. Haa remind sekali pasal ga tau. Haha cehh acah lebih. Nanti aku selongkar segala almari bilik rumah, cari hadiah kalau ada kihkih. 

Okay done ! Thank you gais for reading, be my readers, and thank you my blogger friends for being my lovely friends this year though we didnt know each other. Harap harap this year 2017 aku akan lebih rajin update blog. Hehe. Insyaallah. And wishlist, nak dapat dekan. Insyaallah, doakan aku tau !

Thank you for everything and make this 2017 a better and wonderful year ! Appreciate the experiences, memories you have back in 2016 and lets move on to the new year. Have a great day and year everyone! πŸŽ‰πŸŽ‰πŸŒΈπŸŒΈπŸŒΈ


(p/s: haa ni dah naik tahun baru, umur meningkat jugak yee. Tolong mengaku sikit siapa yang dah naik 20s tu πŸ‘΅. Hahaha and i'm one of the person who didnt want to admit that. Tak nak lepas my 'teen' title huhu.)

P/s: eh eh pesanan penaja lagi satu. Haa sesiapa yang peminat nombor satu drama Dia Semanis Honey and geng #ahnafhani macam saya, jangan lupa saksikan Dia Semanis Honey Musical kat Istana Budaya 3-9 hb januari ni. Pastinya teater ni takkan mengecewakan anda semua. Eh ejaz si mr pilot pun ada tau 5hb(kalau tak silap) nanti haa jangan tak datang. Since aku busy for final, aku kirimkan pesanan ni untuk korang. Tengokkan la teater tu untuk aku ye sobsob. Kirim salam aku untuk alif satar and fattah amin kayhh hahaha. Kbaii...


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...