Followers

Pages

4 November 2016

Giveaway Shade Dough by Hanis Zalikha


Hai gaiss! Yeahh kita join lagi giveaway.. Haha. By the way, this week i was quite busy dengan test bagai and minggu depan pun ada lagi. So sementara ada masa ni aku join la sat. Sebenarnya tak nak join punn cehh takdela. LOL. Dah la hari tu beghia ghia aku komen suh jangan tutup dulu ga ni hahahahahaa sebab busy. Tapi seriously aku nak gilaa join this giveaway sebab hadiahnya SHADE DOUGH BY HANIS ZALIKHA ! Ishh, siapa yang tak nak tu, tipu jee. Nak cakap nak. And aku nak. Kahkahkah. But honestly speaking, bila scroll punya scroll aku macam tak nak join. #jangankecamplease . That was first bila aku baca syarat-syarat dia, which is kena story kat entry pasal random kindness which that aku tak boleh langsung fikir what kindness have I done?! Omoo. Did I not doing any random kindness yet? I don't know, I don't remember. Haha sori jangan kecil hati ye owner ga ;) Okay then scroll lagi rasa fiuhhh spirit diterbang anginnn.... Kena selfie pulak dengan pakai shade dough(kalau menang laa haha). Ai dah la bukan kaki selfie hahahaa. Pemalu lagi. Dan juga bukan kaki lipstick. Ohh ya, its actually kind of lip cream kann. Okay takpe la kan whatever. Tapi kerana ingin menyokong sis ni punya ga (cehh), so dengan penuh semangatnya aku join ga ni . Yeayyy !  Please terharu dengan ai okay. hahaha okay gurau je. (But aku nak tau shade dough ni kehkeh)

Yang lain tu jangan baca je, join sekali okay? Alaa ting tong ting tong je cerita you guys. Kita meriahkan lagi ga sis ni tauu.


Buat pengetahuan readers yang sangat dikasihi (cewahh), Shade Dough ini diasaskan oleh Hanis Zalikha. Ye ye, isteri Hairul Azreen and mummy kepada Yusuf Iskandar dan juga Bujibu Chempel (ehh nak jugakk hahahaa). Shade Dough ni akan dilancarkan pada 1 November 2016 so kalau korang menang, you guys are one of the luckiest and earliest person yang pakai tauu. Harga untuk satu Shade Dough ni adalah RM55. Jadi kalau nak simpan duit tu haa simpan dulu dan join je ga ni. Manalah tau kot kot menang kann haa selamat duit dalam purse tu muahahaha.

SEDIKIT PENGENALAN mengenai SHADE DOUGH yang bakal korang menangi: Pengasas bagi Shade Dough ini adalah Hanis Zalikha. Akan launch pada 1 NOV 2016. Shade dough ini mempunyai lima pilihan warna iaitu creme caramel, sugar icing, pepper posh, rose taffy dan berry blanched. Harga bagi 1 pcs shade dough ini adalah RM55 sahaja. Shade dough ini adalah jenis matte lip cream. Long lasting, does not smudge and does not crack. Juga mengandungi ekstrak vitamin C yang bagus untuk bibir.


TARIKH-TARIKH PENTING: 
  1. Giveaway tamat: 13 NOVEMBER 2016 
  2. Pemilihan pemenang: 14 NOVEMBER 2016 sehingga 18 NOVEMBER 2016 
  3. Pengumuman pemenang: 19 NOVEMBER 2016

RANDOM KINDNESS

Okay, bila suruh cerita random kindness ni, aku macam ternganga. Apa kindness yang aku dah buat? Memang banyak kindness aku buat (cehh gila puji dirii hahaha. Okay memain je tu ye), tapi yang serandom alam ni kebenda?? Penat nak fikir tapi ku gengam bara api biar sampai jadi arang. Eh silap, biar jadi abu. Eh iye ye je aku ni hahaha lupa dah peribahasa melayu. And bila nak cerita kebaikan yang kita pernah buat, rasa macam aduhh, tertimbul riak di situu. Sakitnya tuh di sini. ye ye je aku ni hihh.  Aduhh maaf banyak bebel. Tengah cari idea lagi ni nak cerita pasal random kindness kihkih. 

Okay sel-sel otak semua dah berhubung jadi ayuhh kita baca story bedtime pasal random kindness aku yeahh !

* * * * *

Cerita 1:

Ini kisah masa aku belajar asasi dulu. Aku jalan dengan kawan aku. Let's say namanya Dee (bukan nama sebenar. sori taknak mention nama kawan saya). Tak la ingat kesemua jalan cerita but aku cerita apa yang aku ingat. Rasanya masa tu kami dalam perjalanan ke kafe. Dan aku tanya dia nak beli makanan tak.
Aku: Eh kau nak beli makanan tak?
Dee: Tak kot, takde duit la. Duit aku tinggal sikit ja weh. Bla bla bla.. (yeah dia seorang yang agak cakap banyak sikit hehe. Sori tak ingat sebijik dia cakap apa. Short term memory huhu. And dia orang utagha. Geh, saja bagitau hehe.)
Aku: Ohh. Takpela, aku belanja. Nak tak?
Dee: Eh takpa la takpa. Aku okay ja.
Aku: Eh takpela, ambik jelaa. Nak makan apa?

Dan itulah random kindness aku. Aku belanja dia. Kesian pulak kan kawan kita tak beli makanan sebab takde duit. Simpan duit untuk bayar benda-benda yang lagi penting. I know her and kekadang... entahlah. But I just hope that she will okay with her financial time study ni, since we are now apart. Study lain-lain tempat. And also as a lesson, why not kita tolong mereka yang dalam kesusahan sebab kita sendiri tak tahu bila masa susah kita akan tiba. Kita tolong orang insyaallah our deed akan dibalas nanti. Okay done cerita pertama.

* * * * *

Cerita 2:

Haa ni cerita yang boleh dikatakan selalu sangat didengar. I mean, what this story related to. So kisah ni berkaitan dengan kucing yang like mostly ramai je tolong kucing kan. Like boleh dikatakan cerita yang bukan luar biasalah. But who cares, nak cerita jugak. Hihi. So alkisahnya, one day ada satu kucing ni tetiba ada kat belakang rumah. Kucing tu boleh dikatakan agak remaja kot (hahahaha tak reti nak describe kucing tu), tapi yang penting tak macam bapak or anak kucing la. At first, dia panjat tembok kat stor belakang rumah tu. Dah panjat lepas tu tak reti turun. Hulurlah kotak, nak kasi dia lompat turun kan. Okay dapatlah turun jugak. Tak habis lagi. Then, kitaorang masuklah balik dalam rumah. 

And then again, ibu panggil balik, suruh tengok kat belakang rumah. Sekali kauuu, haaa kucing tu panjat pulak atas pokok kat belakang rumah kitaorang. Masa ni pagi tau (korang akan tahu kenapa aku bagitahu masa). Dah la pokok tu macam dah agak nazak, takde daun pun just dahan besar kecil. Dahan tu pulak ayah aku kata sebenarnya dah agak reput. Okay, so kitaorang fikir mungkin nanti boleh turun kot, walaupun masa tu kucing tu dah panjat quite tinggi sikit. lebih kurang sama tinggi dengan bumbung belakang rumah(bumbung belakang rumah tu rendah sikit bukan macam rumah banglo ye). Suruh turun kucing tu tak mau turun, at first macam hmm pandai-pandai la turun. Though tadi panjat tembok stor pun nak kena aku hulur kotak baru reti turun hmm. 

And sampai tengahari, kucing tu still tak turun turun. Dah la makin tinggi pulak tu dia panjat. Risau kot, dah la tengahari, panas. Dan aku ingat lagi, masa ni memang masa yang cuaca panas tuu. Apaa ehh? Haa ya allah kena google baru ingat hahaha. Haa so masa ni yang zaman strok haba melanda tu. Cuaca panas kann. Memang masa tu semua family aku yang ada cuba nak tolong. Kesian gila kucing tu, dengan keadaan dia aku tengok macam almost dehydration. Lidah dah keluar dah. Ayah aku siap ambil tangga panjat bumbung belakang rumah nak ambil kucing tu. Hulur itu ini tak mau juga turun. Sampai luka jugak la ayah aku kena sebab nak ambil kucing tu. Geram jugak suruh turun tak mau(hahaha tau tau dia bukannya faham pun kann), in fact kucing tu panjat lagi tinggi. Ya allahh... Lagi laa. sabar ajela. Suruh turun tapi naik tinggi lagi. Rasanya macam-macam cara dah kitaorang tolong nak bagi kucing tu turun. Tapi dia tak mau turun jugak. 

Then macam give up sat, kami makan la tengahari dulu. Masa makan tu pun aku dok pikiaq pasai kucing tu. Kesian. After selesai semua, jenguk balik kucing tu. Still, up there. Then aku dengan adik aku trying to help the cat. Tak nak mintak tolong lagi kat ayah aku sebab kesian dah sampai luka kan, so we decided on our own. Kitaorang guna buaian jaring tu, hahahaa teruk wehh. End up buaian jaring tu tersangkut kat pagar dawai belakang rumah tu and terpaksa gunting sebab tak boleh cabut. Hahahaha aku rasa macam tak matured gila time tuu. Habis jahanam buaian tu, terus buang. Marah jugak ayah aku sebab buaian tu haha back then okay je. Okay back to the story, to be honest, sampai petang around pukul 5 atau 6 petang rasanya, kucing tu masih kat atas pokok. Kitaorang tak tahu nak buat apa. Resah gila aku dengan keadaan kucing tu. Kalau korang tengok pun aku rasa memang kalau boleh nak je panjat pokok tu tapi bahaya la sebab pokok tu dah agak reput. Kang tak pasal-pasal bertambah pula orang lain yang cedera. 

Ada juga suggest just call je bomba but i dont know why we dont. Lewat petang tu dengan kucing yang tengok macam memang dehydrated je, dengan tekadnya kami call juga bomba. So alhamdulillah, akhirnya selamat juga la kucing tu. Turun je kucing tu, at first bomba tu nak ambil but then aku cakap aku nak. Maybe kerana rasa serba salah yang teramat jadi aku ambil kucing tu. Ahaha. Eh takdelaa tapi aku macam kesian gilaa. Pergi dapur, ambil air, ambil ikan goreng sekor, bagi kucing tu. Nampak la masa dia minum air tu macam orang yang dah berminggu minggu tak minum air. Nampak kehausan yang teramat. Rasa simpati yang amat di dalam hati.

And so then kami ambil la kucing tu menjadi kucing angkat. Ahaha lol kucing angkat. I mean kami jadikan dia macam kucing kami la. bagi makan minum semua. And selalu juga dia mai datang main and dia sangat sangat suka 'bermanja'. Dia suka gigit. Habit dia kot hahaha tak tau la. Saja nak tambah, tahu tak bila bomba datang mai rumah kami kan, jiran semua dok pelik pasai apa bomba mai rumah kami ni. Ada apa kan. Siap anak jiran depan rumah tu datang mai rumah tanya kenapa. Dan kami jawab laa kucing sangkut atas pokok. Depa punya la ingat ada ular ka apa ka, yelaa time tu kan memang kes ular banyak keluar paper kan, yang masa strok haba tu. Keluar balik la abang jiran tu hahaha. Ehh opss sori terlebih panjang hehe. Oh and by the way, nama kucing tu kami bagi dia nama Aaron, Aron? Entah cemana eja tak tahu la tapi Aaron haha. Nama tu adik laki aku yang now dah 8 tahun yang bagi. Tak tahu kenapa dia pilih nama aaron hahahahaa.

So, thats all pasal random kindness kedua aku. I guess ni kira random kindness satu family kot.. haha tapi aku main story tauu so boleh la kann. Hehe takdela gurau ja. Jadi, tak kisah la manusia ke haiwan ke even alam sekitar macam pokok sekali pun, kita kenalah tolong kalau mereka dalam kesusahan. Kita buat baik, ada ganjarannya. Mungkin bukan sekarang, tapi di kemudian hari. Percayalah, setiap kebaikan yang kita lakukan ada hikmah, even kepada haiwan sekali pun. Takkan pernah rugi untuk berbuat kebaikan :)

* * * * *

Cerita 3:

Ehh ada lagi? Hehehe takde laa. habis sudah cerita saya. Jadi sekarang kongsikan pulak kisah anda, tentang random kindness yang pernah korang buat. Jangan ragu ragu, kita kongsikan agar setiap daripada kita boleh ambil iktibar dan sebarkan kebaikan. By the way, aku dah baca semua story depa yang join ni. And I was like, my jaws dropped. They have such that kindness and me? Kena improve lagi ni ceh hehe. And at the same time, I was impressed of them. Their stories were very good that maybe should be shared with others as a lesson for us to learn; that we should be concern to others, because the world is not just a story of yourself, but all of us. Good deed should be practice and be done, in order for us to have a meaningful life.

Btw maaf cerita agak panjang. maaf yee. and tuan ga, kalau ditakdirkan saya menang(cehh macam bajet je hahaha. plis jangan annoy dengan saya hihi), I want rose taffy ! Hee. Thank you tuan ga beri peluang join hehe ;)


**Giveaway ini adalah ditaja sepenuhnya oleh @loveaa.my_ dengan kolaborasi bersama blog www.bajuwarnacoklat.com. Sebarang pertanyaan mengenai produk Shade Dough [Lip Bait] by Hanis Zalikha, cara pembelian secara online atau cod boleh hubungi 013-264 7912**

Instagram: nfarahin97_

Jangan lupa join okay?! Btw, spread the kindness to the world !

^_^


1 comment:

Hi there! Feel free to drop your comment here. ^^

Thanks a lot! ♥

Newer Post