Followers

Pages

26 July 2016

Rahsia Al Fatihah 1.0



Dengan nama Allah yang Maha Pengasih lagi Maha Penyayang.


Hai gaiss. Okay, so hari ni saya nak kongsikan sedikit ilmu yang saya dapat daripada sahabat saya. Tentang apa? Yess, tentang surah al Fatihah yang terdapat di dalam al Quran dan lain-lain lagi la kan. Al Fatihah ni kan universal. Ye dok. Jadi tanpa membuang masa, let's get started !


Surah al Fatihah. Apa yang special sangat pasal surah ni ek? Kalau anda semua nak tahu, surah al Fatihah ni adalah surah yang sememangnya setiap hari kita baca. Dah la setiap hari, lepas tu sebanyak 17 kali pula ! Haa, maybe ada yang tahu and yang tak tahu. Sebab adakalanya kita baca jelaa, tak kira pun berapa kali kita baca kan. Betul tak? Okay, sekarang kita tahu setiap hari kita baca 17 kali al Fatihah dalam lima waktu solat kita, tetapi persoalannya adakah kita benar-benar memahami di sebalik surah tersebut? Sehingga hari ni ini, adakah kita faham apa yang kita baca?

Baiklah, jadinya untuk hari ini saya akan kongsikan satu ayat sahaja dahulu. Kalau ditanya apakah ayat pertama surah al Fatihah, sudah tentu kita jawab 'بِسْمِ ٱللَّهِ ٱلرَّحْمَٰنِ ٱلرَّحِيمِ '. Ye memang betul, tetapi ada juga sesetengah ulama' yang berpendapat bahawa ianya bermula dengan ayat ; الْحَمْدُ لِلَّهِ رَبِّ الْعَالَمِينَ Ada satu hadis qudsi di mana Allah swt berfirman ; "Aku membagi shalat (maksudnya: Al Fatihah) menjadi dua bagian, yaitu antara diri-Ku dan hamba-Ku dua bagian dan bagi hamba-Ku apa yang ia minta." (sumber ayat sini). Dalam hadis tersebut, Allah memulakannya dengan الْحَمْدُ لِلَّهِ رَبِّ الْعَالَمِينَ . 

Jadi hari ini saya akan mulakan dengan الْحَمْدُ لِلَّهِ رَبِّ الْعَالَمِينَ . Perkataan حَمْدُ , apabila kita terjemahkannya, apa maksudnya? Yess, puji. Tetapi hakikatnya ia mempunyai dua maksud. 'Praise' dan juga 'Thank'. Puji. Berterima kasih. 

Andaikan hari ni kita pergi jalan-jalan. Jalan punya jalan punya jalan, tiba-tiba kita nampak ada kereta Lamborghini yang cantik berkilat punyaa kat depan mata kita. Apa reaksi kita? Apa yang kita buat? Mesti kita macam; "Woww!" "Cantik gilaaa kereta ni !" "Cool !" Praise or thank? It's a praise, right? Jadi nak kata kat sini, bila kita nampak kereta cantik ke, bangunan yang unik ke, pemandangan yang indah ke, apa-apa yang cantik la kan, definitely we will praise that thing. "Wahh, cantiknya rumah ni." "Perghh, lawanyaaa." Ada ke kita tiba-tiba je pergi kat kereta tu then kita cakap terima kasih. Macam tak betul je kan. Haaa..

Okay, sekarang saya bagi keadaan yang lain pula. Andai kata ada orang beri kita hadiah, apa yang kita akan buat? Apa yang kita akan cakap? Yess, it is 'thank you'. Kita berterima kasih kepada yang memberi sebab dia beri kita hadiah.

Jadi, dalam kehidupan kita ni, apabila kita puji tak semestinya kita kena berterima kasih. Apabila kita berterima kasih tak semestinya kita puji. "Eh awak cantiklah. Terima kasih." I guess sometimes we don't say two different things at the same time. Normally, either one. Praise or thank. But yeahh, sometimes two in one. Kita puji, dan kita berterima kasih. For certain situation.

Apabila Firaun bertanya kepada Nabi Musa a.s. ; " قَالَ أَلَمْ نُرَبِّكَ فِينَا وَلِيدًا وَلَبِثْتَ فِينَا مِنْ عُمُرِكَ سِنِينَ". Maksudnya: "Firaun berkata,' Bukankah kami telah memeliharamu dalam kalangan kami semasa engkau kanak-kanak yang baru lahir, serta engkau telah tinggal dalam kalangan kami beberapa tahun dari umurmu?' "

Firaun mengungkit kembali bahawa dia yang telah menjaga Nabi Musa semasa dia kanak-kanak. Apa pula yang dijawab oleh Nabi Musa? " وَتِلْكَ نِعْمَةٌ تَمُنُّهَا عَلَيَّ ". Jadinya Nabi Musa mengaku yang memang Firaun itu yang menjaganya semasa kecil dahulu. Itu adalah cara dia berterima kasih. Berterima kasih kerana jaganya semasa kecil. Tetapi ! Adakah Nabi Musa memuji Firaun tu? Tidak. Dia tidak memuji.

Tetapi apa yang istimewanya الْحَمْدُ لِلَّهِ  dalam surah al Fatihah ni adalah kerana ia merangkumi kedua-duanya sekali. Kita puji dan berterima kasih kepada Allah. Apabila kita menyebut Alhamdulillah, kita memuji dan berterima kasih kepada Allah. Allah beri kita nikmat, kita berterima kasih kepada Allah. Tetapi dalam masa yang sama kita juga memuji Allah. Itulah keistimewaannya الْحَمْدُ لِلَّهِ   ni dalam al Fatihah.

Pasal الْحَمْدُ لِلَّهِ  ni banyak lagi cerita tak habis. Kenapa الْحَمْدُ لِلَّهِ, bukan نحمد الله . Kenapa itu, kenapa ini. Baiklah, kita ke perkataan seterusnya iaitu رَبِّ . Apa maksud رَبِّ ? Okay, Tuhan. Kenapa pakai رَبِّ ? Perkataan ni nampak je pendek, ada dua huruf je tetapi sebenarnya رَبِّ  ni maknanya sangat besar. Dalam surah al Fatihah ni, رَبِّ yang ini membawa maksud " المالك, المربى, المنعم, القيم, السيد ". Kalau diterjemahkan رَبِّ tu, Tuhan la kan. Tapi sebenarnya di sebalik perkataan itu ada lagi lima perkataan. 

Yang pertama, المالك  (al malik) yang bermaksud pemilik. Pemilik mesti ada harta kan. Jadi, siapa/apa hartanya itu? Sudah tentunya kita adalah property of our owner, and that is Allah SWT. Allah itu adalah pemilik dan kita adalah hamba, tetapi ramai yang tak sedar akan itu semua. Hamba dan pekerja pula, ada bezanya. Pekerja ni kerja time office hour je, tetapi bila disebut hamba, ianya adalah full time. Sepenuh masa. Tapi kena ingat, hamba buat ibadah, atas sejadah itu bukan hanya satu dan satunya ibadah malah ibadah itu sebenarnya sangat luas.

Kedua, المربى (al Murabbi). Okay, murabbi ni maksudnya yang menjaga. The one that take care or ensure the growth. Zaman kita sekarang ni kalau nak ikutkan, tiada lagi sistem perhambaan. Andaikan seseorang itu mempunyai hamba, yakinkah kita bahawa dia akan menjaga hambanya dengan erti kata menjaga yang sebenar? Jaga, bagi ubat bila hamba tu sakit. Beri dia makanan sampai kenyang, tak ada nak beza makanan tu ikut status. Ada ke agaknya? Tiada. Kalau ada mungkin hanya sedikit sahaja peratusannya. Tapi adakalanya kita tak sedar betapa pemurahnya Allah SWT dengan kita. Kita ini adalah hambaNya, tetapi Allah jaga kita dengan sebaik-baiknya. 

Ketiga, المنعم (al Mun'am) bermaksud yang memberi nikmat. Untuk kalimah ini sebenarnya sahabat saya tertinggal untuk jelaskan part ni, tapi takpelah. Saya kongsi sedikit daripada saya punya pendapat, pandangan saya. Okay. Dalam hidup kita ni, Allah sentiasa beri kita nikmat. Ianya hanya kita je yang sedar tak sedar bahawa nikmat yang Allah beri tu sentiasa ada di sekeliling kita. Dan nikmat yang Allah beri itu kita kena gunakan dengan baik. Nikmat bukan sekadar, 'aku kaya, banyak harta. kau miskin.' Tidak. Oksigen yang kita sedut ini pun adalah satu nikmat. Dan nikmat yang Allah beri ni, Allah berikan kepada semua makhluk, semua manusia. Tak kira Islam atau tidak, Allah tetap beri nikmat kepada kita semua. Adakalanya mungkin kita selalu buat dosa, tetapi Allah tetap beri kita nikmat yang pelbagai. Allah masih beri kita nikmat hidup. Maka bersyukurlah dan ingatlah Tuhanmu yang memberi segala kenikmatan.

Seterusnya, القيم (al Qayyim). Yang memastikan kelancaran atau mengekalkan kewujudan. The one that makes sure it stays together or maintain the existence. Dia yang memastikan semuanya berjalan lancar. Sebagai contoh, kita ada sebuah kebun. Kita tak duduk kat kebun tu 24 jam, nak jaga kebun tu 24 jam, kan? Jaga kebun tu tak nak bagi lembu ke kambing ke rosakkan kebun kita tu. Jaga supaya kebun kita tu sentiasa dalam keadaan baik. Rasanya tak adalah 24 jam kita jaga kan. Tetapi ! Allah jaga kita 24 hours siang malam sepanjang masa. Segala yang mengalir dalam tubuh kita, saluran darah kita, semuanya dalam pemerhatian dan jagaan Allah. Tiada satu masa pun yang Allah lepaskan kita daripada jagaanNya.

Yang terakhir sekali, السيد (as Sayyid). Dia yang mempunyai hak milik sepenuhnya. The one that has full authority. Diri kita ini, milik Allah. He is our true owner. Agaknya, what that's mean? It means that you are nothing. Kita ni bukan apa-apa, tak ada apa-apa. Diri kita adalah sepenuhnya milik Allah, jadi sudah tentu segala yang berkaitan dengan kita, segala yang ada di sekeliling kita semuanya milik Allah. Tiada satu pun sebenarnya milik kita, kerana semua itu seolah-olah hanya pinjaman kepada kita. Harta, ilmu, keluarga, semua itu milik Allah SWT. Kalau di dunia ini kita ada satu barang sekalipun, belum tentu barang itu adalah hak milik kita sepenuhnya. Tetapi diri kita ini sememangnya 100% milik Allah. 

Baiklah, itu untuk رَبِّ. Sekarang untuk kalimah terakhir, الْعَالَمِينَ. Maksudnya adalah sekalian alam. Allah tak cakap Dia ini Tuhan kepada kota Mekah. Allah tak kata Dia ini Tuhan kota Madinah. Tetapi Allah kata, Dia adalah رَبِّالْعَالَمِينَ .  Tuhan sekalian alam, sekalian makhluk. Maksudnya, tak kisahlah kita ni orang Melayu ke, Cina ke, India ke, mat salleh ke, Filipina ke, kita ini semuanya sama sahaja di mata Allah. Tiada bezanya. Yang membezakan antara kita semua ini hanya iman dan taqwa.

Cukuplah sekadar hari ini. Satu entri ni je baru satu ayat. InsyaAllah ayat seterusnya akan disambung pada masa akan datang. Itu pun kalau sahabat saya update la ayat seterusnya. Hehe. And maaf sebab ada satu point sahabat saya tertinggal untuk jelaskanso saya jelaskan daripada view saya. Segala yang saya kongsikan ini hanyalah sedikit. Kalau anda ingin penjelasan yang lebih mendalam lagi, bolehlah cuba mencari dan merujuk kat internet, buku-buku, ustaz ustazah. Dalam entri ni saya hanya kongsikan penjelasan yang simple.

Akhir sekali, kalau kita nak kenal Tuhan kita dengan sebenar-benarnya, maka fahamkanlah al Fatihah. Ilmu agama ini jangan pernah kita penat nak mencari. Andai ada yang salah, tegurlah saya.

Sekian, wallahu'alam.






No comments:

Post a Comment

Hi there! Feel free to drop your comment here. ^^

Thanks a lot! ♥

Newer Post