Followers

Nuffnang

26 July 2016

Rahsia Al Fatihah 1.0



Dengan nama Allah yang Maha Pengasih lagi Maha Penyayang.


Hai gaiss. Okay, so hari ni saya nak kongsikan sedikit ilmu yang saya dapat daripada sahabat saya. Tentang apa? Yess, tentang surah al Fatihah yang terdapat di dalam al Quran dan lain-lain lagi la kan. Al Fatihah ni kan universal. Ye dok. Jadi tanpa membuang masa, let's get started !


Surah al Fatihah. Apa yang special sangat pasal surah ni ek? Kalau anda semua nak tahu, surah al Fatihah ni adalah surah yang sememangnya setiap hari kita baca. Dah la setiap hari, lepas tu sebanyak 17 kali pula ! Haa, maybe ada yang tahu and yang tak tahu. Sebab adakalanya kita baca jelaa, tak kira pun berapa kali kita baca kan. Betul tak? Okay, sekarang kita tahu setiap hari kita baca 17 kali al Fatihah dalam lima waktu solat kita, tetapi persoalannya adakah kita benar-benar memahami di sebalik surah tersebut? Sehingga hari ni ini, adakah kita faham apa yang kita baca?

Baiklah, jadinya untuk hari ini saya akan kongsikan satu ayat sahaja dahulu. Kalau ditanya apakah ayat pertama surah al Fatihah, sudah tentu kita jawab 'بِسْمِ ٱللَّهِ ٱلرَّحْمَٰنِ ٱلرَّحِيمِ '. Ye memang betul, tetapi ada juga sesetengah ulama' yang berpendapat bahawa ianya bermula dengan ayat ; الْحَمْدُ لِلَّهِ رَبِّ الْعَالَمِينَ Ada satu hadis qudsi di mana Allah swt berfirman ; "Aku membagi shalat (maksudnya: Al Fatihah) menjadi dua bagian, yaitu antara diri-Ku dan hamba-Ku dua bagian dan bagi hamba-Ku apa yang ia minta." (sumber ayat sini). Dalam hadis tersebut, Allah memulakannya dengan الْحَمْدُ لِلَّهِ رَبِّ الْعَالَمِينَ . 

Jadi hari ini saya akan mulakan dengan الْحَمْدُ لِلَّهِ رَبِّ الْعَالَمِينَ . Perkataan حَمْدُ , apabila kita terjemahkannya, apa maksudnya? Yess, puji. Tetapi hakikatnya ia mempunyai dua maksud. 'Praise' dan juga 'Thank'. Puji. Berterima kasih. 

Andaikan hari ni kita pergi jalan-jalan. Jalan punya jalan punya jalan, tiba-tiba kita nampak ada kereta Lamborghini yang cantik berkilat punyaa kat depan mata kita. Apa reaksi kita? Apa yang kita buat? Mesti kita macam; "Woww!" "Cantik gilaaa kereta ni !" "Cool !" Praise or thank? It's a praise, right? Jadi nak kata kat sini, bila kita nampak kereta cantik ke, bangunan yang unik ke, pemandangan yang indah ke, apa-apa yang cantik la kan, definitely we will praise that thing. "Wahh, cantiknya rumah ni." "Perghh, lawanyaaa." Ada ke kita tiba-tiba je pergi kat kereta tu then kita cakap terima kasih. Macam tak betul je kan. Haaa..

Okay, sekarang saya bagi keadaan yang lain pula. Andai kata ada orang beri kita hadiah, apa yang kita akan buat? Apa yang kita akan cakap? Yess, it is 'thank you'. Kita berterima kasih kepada yang memberi sebab dia beri kita hadiah.

Jadi, dalam kehidupan kita ni, apabila kita puji tak semestinya kita kena berterima kasih. Apabila kita berterima kasih tak semestinya kita puji. "Eh awak cantiklah. Terima kasih." I guess sometimes we don't say two different things at the same time. Normally, either one. Praise or thank. But yeahh, sometimes two in one. Kita puji, dan kita berterima kasih. For certain situation.

Apabila Firaun bertanya kepada Nabi Musa a.s. ; " قَالَ أَلَمْ نُرَبِّكَ فِينَا وَلِيدًا وَلَبِثْتَ فِينَا مِنْ عُمُرِكَ سِنِينَ". Maksudnya: "Firaun berkata,' Bukankah kami telah memeliharamu dalam kalangan kami semasa engkau kanak-kanak yang baru lahir, serta engkau telah tinggal dalam kalangan kami beberapa tahun dari umurmu?' "

Firaun mengungkit kembali bahawa dia yang telah menjaga Nabi Musa semasa dia kanak-kanak. Apa pula yang dijawab oleh Nabi Musa? " وَتِلْكَ نِعْمَةٌ تَمُنُّهَا عَلَيَّ ". Jadinya Nabi Musa mengaku yang memang Firaun itu yang menjaganya semasa kecil dahulu. Itu adalah cara dia berterima kasih. Berterima kasih kerana jaganya semasa kecil. Tetapi ! Adakah Nabi Musa memuji Firaun tu? Tidak. Dia tidak memuji.

Tetapi apa yang istimewanya الْحَمْدُ لِلَّهِ  dalam surah al Fatihah ni adalah kerana ia merangkumi kedua-duanya sekali. Kita puji dan berterima kasih kepada Allah. Apabila kita menyebut Alhamdulillah, kita memuji dan berterima kasih kepada Allah. Allah beri kita nikmat, kita berterima kasih kepada Allah. Tetapi dalam masa yang sama kita juga memuji Allah. Itulah keistimewaannya الْحَمْدُ لِلَّهِ   ni dalam al Fatihah.

Pasal الْحَمْدُ لِلَّهِ  ni banyak lagi cerita tak habis. Kenapa الْحَمْدُ لِلَّهِ, bukan نحمد الله . Kenapa itu, kenapa ini. Baiklah, kita ke perkataan seterusnya iaitu رَبِّ . Apa maksud رَبِّ ? Okay, Tuhan. Kenapa pakai رَبِّ ? Perkataan ni nampak je pendek, ada dua huruf je tetapi sebenarnya رَبِّ  ni maknanya sangat besar. Dalam surah al Fatihah ni, رَبِّ yang ini membawa maksud " المالك, المربى, المنعم, القيم, السيد ". Kalau diterjemahkan رَبِّ tu, Tuhan la kan. Tapi sebenarnya di sebalik perkataan itu ada lagi lima perkataan. 

Yang pertama, المالك  (al malik) yang bermaksud pemilik. Pemilik mesti ada harta kan. Jadi, siapa/apa hartanya itu? Sudah tentunya kita adalah property of our owner, and that is Allah SWT. Allah itu adalah pemilik dan kita adalah hamba, tetapi ramai yang tak sedar akan itu semua. Hamba dan pekerja pula, ada bezanya. Pekerja ni kerja time office hour je, tetapi bila disebut hamba, ianya adalah full time. Sepenuh masa. Tapi kena ingat, hamba buat ibadah, atas sejadah itu bukan hanya satu dan satunya ibadah malah ibadah itu sebenarnya sangat luas.

Kedua, المربى (al Murabbi). Okay, murabbi ni maksudnya yang menjaga. The one that take care or ensure the growth. Zaman kita sekarang ni kalau nak ikutkan, tiada lagi sistem perhambaan. Andaikan seseorang itu mempunyai hamba, yakinkah kita bahawa dia akan menjaga hambanya dengan erti kata menjaga yang sebenar? Jaga, bagi ubat bila hamba tu sakit. Beri dia makanan sampai kenyang, tak ada nak beza makanan tu ikut status. Ada ke agaknya? Tiada. Kalau ada mungkin hanya sedikit sahaja peratusannya. Tapi adakalanya kita tak sedar betapa pemurahnya Allah SWT dengan kita. Kita ini adalah hambaNya, tetapi Allah jaga kita dengan sebaik-baiknya. 

Ketiga, المنعم (al Mun'am) bermaksud yang memberi nikmat. Untuk kalimah ini sebenarnya sahabat saya tertinggal untuk jelaskan part ni, tapi takpelah. Saya kongsi sedikit daripada saya punya pendapat, pandangan saya. Okay. Dalam hidup kita ni, Allah sentiasa beri kita nikmat. Ianya hanya kita je yang sedar tak sedar bahawa nikmat yang Allah beri tu sentiasa ada di sekeliling kita. Dan nikmat yang Allah beri itu kita kena gunakan dengan baik. Nikmat bukan sekadar, 'aku kaya, banyak harta. kau miskin.' Tidak. Oksigen yang kita sedut ini pun adalah satu nikmat. Dan nikmat yang Allah beri ni, Allah berikan kepada semua makhluk, semua manusia. Tak kira Islam atau tidak, Allah tetap beri nikmat kepada kita semua. Adakalanya mungkin kita selalu buat dosa, tetapi Allah tetap beri kita nikmat yang pelbagai. Allah masih beri kita nikmat hidup. Maka bersyukurlah dan ingatlah Tuhanmu yang memberi segala kenikmatan.

Seterusnya, القيم (al Qayyim). Yang memastikan kelancaran atau mengekalkan kewujudan. The one that makes sure it stays together or maintain the existence. Dia yang memastikan semuanya berjalan lancar. Sebagai contoh, kita ada sebuah kebun. Kita tak duduk kat kebun tu 24 jam, nak jaga kebun tu 24 jam, kan? Jaga kebun tu tak nak bagi lembu ke kambing ke rosakkan kebun kita tu. Jaga supaya kebun kita tu sentiasa dalam keadaan baik. Rasanya tak adalah 24 jam kita jaga kan. Tetapi ! Allah jaga kita 24 hours siang malam sepanjang masa. Segala yang mengalir dalam tubuh kita, saluran darah kita, semuanya dalam pemerhatian dan jagaan Allah. Tiada satu masa pun yang Allah lepaskan kita daripada jagaanNya.

Yang terakhir sekali, السيد (as Sayyid). Dia yang mempunyai hak milik sepenuhnya. The one that has full authority. Diri kita ini, milik Allah. He is our true owner. Agaknya, what that's mean? It means that you are nothing. Kita ni bukan apa-apa, tak ada apa-apa. Diri kita adalah sepenuhnya milik Allah, jadi sudah tentu segala yang berkaitan dengan kita, segala yang ada di sekeliling kita semuanya milik Allah. Tiada satu pun sebenarnya milik kita, kerana semua itu seolah-olah hanya pinjaman kepada kita. Harta, ilmu, keluarga, semua itu milik Allah SWT. Kalau di dunia ini kita ada satu barang sekalipun, belum tentu barang itu adalah hak milik kita sepenuhnya. Tetapi diri kita ini sememangnya 100% milik Allah. 

Baiklah, itu untuk رَبِّ. Sekarang untuk kalimah terakhir, الْعَالَمِينَ. Maksudnya adalah sekalian alam. Allah tak cakap Dia ini Tuhan kepada kota Mekah. Allah tak kata Dia ini Tuhan kota Madinah. Tetapi Allah kata, Dia adalah رَبِّالْعَالَمِينَ .  Tuhan sekalian alam, sekalian makhluk. Maksudnya, tak kisahlah kita ni orang Melayu ke, Cina ke, India ke, mat salleh ke, Filipina ke, kita ini semuanya sama sahaja di mata Allah. Tiada bezanya. Yang membezakan antara kita semua ini hanya iman dan taqwa.

Cukuplah sekadar hari ini. Satu entri ni je baru satu ayat. InsyaAllah ayat seterusnya akan disambung pada masa akan datang. Itu pun kalau sahabat saya update la ayat seterusnya. Hehe. And maaf sebab ada satu point sahabat saya tertinggal untuk jelaskanso saya jelaskan daripada view saya. Segala yang saya kongsikan ini hanyalah sedikit. Kalau anda ingin penjelasan yang lebih mendalam lagi, bolehlah cuba mencari dan merujuk kat internet, buku-buku, ustaz ustazah. Dalam entri ni saya hanya kongsikan penjelasan yang simple.

Akhir sekali, kalau kita nak kenal Tuhan kita dengan sebenar-benarnya, maka fahamkanlah al Fatihah. Ilmu agama ini jangan pernah kita penat nak mencari. Andai ada yang salah, tegurlah saya.

Sekian, wallahu'alam.






20 July 2016

PIXY UV Whitening Two Way Cake Perfect Fit Natural Beige Sample Giveaway


Hai gaiss. Haaa tengok tajuk kat atas yang punya la panjang ni, mesti ada giveaway kan? Well, giveaway tapi bukan daripada saya. Nama pun sample giveaway, tentulah PIXY yang bagi. Kalau nak ikutkan nak kata dah lama tu, boleh laa juga benda ni dah berjalan. Almost one month kot. And disebabkan saya dah dapat sample tu (yeayy!) that's why saya nak berkongsi la untuk you guys. Supposedly awal-awal lagi saya promote benda ni kan tapi takpela boleh lagi kot hehe.

So takpe, apa-apa pun kita go through this entry first okay.  :)


PIXY Malaysia is delivering FREE UV Whitening Two Way Cake Perfect Fit Natural Beige Sample. Simple complete your personal details, and the freebies will be delivered right to your doorstep for free. Terms and conditions apply. Limited free samples available, while stock last !

Screen Shot 2016-06-23 at 4.45.59 PM

Click the poster above for the free sample !

Terms and Conditions
  1. Permohonan sampel adalah untuk rakyat Malaysia berumur 18 tahun ke atas.
  2. Nombor MyKad yang sah perlu disertakan.
  3. Penghantaran sampel akan mengambil masa 1 bulan.
  4. Mandom (Malaysia) Sdn. Bhd. mempunyai hak untuk mengedit atau membatalkan permohonan sampel bersama atau tanpa sebarang notis dan sebab.
  5. Termasuk terma dan syarat yang lain.


PIXY
Highlight the beauty of Asian women through healthy skin, clean, smooth and bright. PIXY understand the real beauty of this principle and using Japanese expertise to produce quality cosmetics for Asian women. To highlight the beauty of Asian women, PIXY indirectly provide a series of happiness to every user that emanates from the heart.
PIXY products are created with the highest quality standards of Japan and use natural ingredients for healthy skin and beautiful. All of the products have been produced so that it is compatible with the Asian women’s skin with a formula that has been clinically tested and proven safe for the skin. Japanese standards have also been used for the packaging of products that have been designed to reflect the style of Tokyo.


Okay now dah tahu la sikit-sikit pasal PIXY ni kan. Kalau rasa-rasa macam, ' eh macam dah lambat je nak mintak..' hah tak apaaa. Mintak jee, manalah tahu kot kot dapat ke kan hehe. Eh waitt ! Kot la tak perasan, sample ni for NATURAL BEIGE tauu. Bukan colour lain. Anyway, I guess I can suggest you to try using this product because I guess it was nice and gives you a smooth and pretty face of yours. I don't know if it was because of my excitement or my first time using this product, but I'd tried the sample I got and it was really nice and I think I'm starting to love it ! Hopefully it will goes well ^ ^




Don't look, but try. Don't try, just go for it ! I wish you have the good days in your life. See ya in the next entry ;)


( Source: Freebiesland )


18 July 2016

Jualan Buku !


Jualan buku !!

Hai gaiss. Haa jualan buku apa pula ni ? Okay, sebenarnya di sini saya nak ambil kesempatan untuk menjual buku references especially untuk student asasi sains uitm 2016/2017 ni. Tapi kalau yang bukan uitm pun and ada yang nak beli i dont mind. Cehh. Tak kisah la sesiapa pun. So a few je buku yang saya nak jual. Antaranya ;

Buku teks Chemistry Volume 1 & 2

Vol 1

Vol 2

Buku teks Physics 10th edition


Buku teks Physics 9th edition


*buku physics yg kuning tu actually a few topik yang tak ada dalam buku biru tu. so its like biru dan kuning is like a combination supposedly. and buku kuning tu ada soalan tutorial. biru, nope.

Mathematics Book 1 & 2

Book 1
Book 2

Buku teks CTU

Sem 1

Sem 2

Itu sahaja rasanya buku yang saya nak jual. Biologi tiada dalam senarai so maaf ye ;) Harga untuk semua set buku tu murah je. Murah dari harga asal. Nak beli satu satu pun boleh. Tapi minta maaf saya beritahu awal-awal, mungkin tiada perkhidmatan pos laju ye. So mungkin sama ada cod atau datang ambil di tempat saya (Melaka) hehe. Cod di Melaka atau depends saya akan berada di mana. Dan ini buku terpakai saya. Masih dalam keadaan baik, cuma ada sedikit contengan belajar XD . Seriously saya jual murah, tak mahal sangat. insyaAllah. Kalau rezeki yang membeli, mungkin juga saya beri saja tanpa harga? Adakah percuma? Boleh discuss ecehh :)

Untuk sebarang pertanyaan atau pembelian boleh whatsapp/mesej saya, 0176206913.
Terima kasih ^_^


15 July 2016

Rebut Duit Raya RM50.00 By Cik Akak



Hai gaiss. Hari ni nak join lagi giveaway. Duit raya gais duit raya. Siapa la yang tak nak dapat duit free kan? So kepada semua rakyat Malaysia (ehh blogger je tau hehe) cepat2 join ga ni. Jom ramai-ramai rebut RM50 nihh !


Klik banner untuk join!

Syarat-syarat untuk join:

  1. Anda mestilah seorang blogger Malaysia.
  2. Follow blog cik akak.
  3. Tempek banner di atas dalam entri anda.
  4. Letak tajuk "Rebut Duit Raya RM50.00 By Cik Akak
  5. Backlink entri anda di kotak komen entri ini
Giveaway tamat : 25.07.2016 jam 7.00 pagi
Pemenang akan diumum pada 25.07.2016 jam 8.00 pagi


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...