Followers

Nuffnang

2 August 2013

10 Hari Terakhir Ramadhan ..

Apa cer dah masuk 10 hari terakhir Ramadan ni? Seronok rasanya kan dah masuk Ramadan, bulan yang sentiasa dinanti oleh seluruh umat Islam.  Alhamdulillah, masuk bulan Ramadan ni, mudah-mudahan sampai lah ke akhir Ramadan dan bersambung di bulan Ramadan akan datang.. Insya-Allah. Sama-samalah kita memperbanyakkan amalan kita lagi-lagi dalam 10 terakhir Ramadan ni. 

Tapi adakalanya sedih juga, bila mengenangkan kebanyakan orang melayu kita ni melebihkan hari raya pula. Yelah, bila nak akhir Ramadan ni kebanyakan semua sibuk nak pasang lagu raya. Haish, takde feeling betul! Okey2, memanglah tak salah pun..(I didn't say its wrong ok?) Tapi takdelah kata, haa, 24 jam bukak takbir je, 24 jam dengar ceramah agama jee. Idok lerr.. tapi kalau macam tu lagi bagui dok? hehe.Ok2, entah apalah yang saya merepek ni. Eh, tak merepek, tak merepek. Benar2.Hehe Apa-apa jelah. 

So, sebenarnya saya tak tahu sangatlah nak cakap apa. Okey, biar saya share dengan anda semua tentang.... ini. 

bacalah kawan walaupun sekejap , pleaseeee....

Manusia - Eh, dah subuh dah?
Malaikat - Bangunlah wahai anak Adam, tunaikan solat subuh mu
Syaitan - Alahhhhhh, sekejaplah, mengantuk ni...awal lagi ni..zzZZz

Manusia - Nak makan, laparlah ..
Malaikat - Wahai Anak Adam, mulakanlah dengan Bismillah....
Syaitan - Ahh, tak payahlah... dah lapar ni ! makan saja..sedapnya

Manusia - Hari ni nak pakai apa ye?
Malaikat - Wahai anak Adam, pakailah pakaian yang menutup aurat.
Syaitan - Ehh, panaslah, tak ada style langsung, nampak kampung!

Manusia - Alamak, dah lewat!
Malaikat - Bersegeralah wahai manusia , nanti terlewat ke pejabat.
Syaitan - Ahhh? awal lagi?mmm..aaahh­? suruh si X punchkanlah?

Manusia - Azan sudah kedengaran.. ..
Malaikat - Wahai anak Adam, bersegeralah menunaikan kewajipan
Syaitan - Baru pukul berapa.. rilex lah..awal lagi ni.

Manusia - Eh, eh.... tak boleh tengok ini, berdosa..
Malaikat - Wahai anak Adam, alihkanlah pandanganmu, sesungguhnya Allah Maha Melihat dan Maha Mengetahui !
Syaitan - Perggghh... best tu...rugi ooo kalau tak tengok ni.

Manusia - Saudaraku sedang melakukan dosa
Malaikat - Wahai anak Adam, cegahla ia..
Syaitan - Apa kau sibuk? Jangan jaga tepi kain orang, lantak dia lah

Manusia - Aku telah berdosa..
Malaikat - Wahai anak Adam, bertaubatlah kamu, sesungguhnya Allah Maha Pengampun.
Syaitan - Tangguhlah dulu, lain kali boleh bertaubat... muda lagi kan..lagipun hidup hanya sekali..rugilah­..(kalau sempatla)

Manusia - Kalau pergi, mesti seronok!
Malaikat - Wahai anak Adam, kakimu ingin melangkah ke jalan yang dimurkai Allah, berpalinglah dari jalan itu.
Syaitan - Jangan bimbang, tiada sesiapa yang tahu...Jomlahhh­ !

Sekarang anda mempunyai 3 pilihan :
1. Anda – Patut ke aku biarkan article ini tetap di sini saja??
2. Malaikat - Ingatkan pada kawan yang anda kenal..sebarkan­ lah !
3. Syaitan - Tak payahlah sibuk2 ..biar je disini..kalau, boleh delete je..bukan mereka nak baca pon..

So, tepuk dada tanya iman. Iman anda lebih memilih untuk sebarkan atau biar? Anda yang tentukan. Okey2, Hehe. tu jelah kot. InsyaAllah ini akan memberikan kesedaran kepada kita dan Ramadan ini Allah terima amalan kita dan melipatkaligandakan pahala kita. Aminn.... sekian.. =)

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...