Followers

Nuffnang

27 December 2013

My answer??



Alhamdulillah, hari ni dapatlah jugak saya update blog ni. Hehe.. Jarak masa dengan post tu agak jauh dengan yang saya cakap hari tu. Ok, whatever laa. Saya pun tak nak cakap banyak kat sini. Well, saya nak jawablah soalan saya hari tu. Hah, ingat tak?? Heishh, tak ingat eh?  Okeylah, saya ulang balik soalan tu. Gini soalan dia, antara Nabi Yusuf dengan Nabi Muhammad mana satu paling handsome?? Onion40

Jawapannya ialah...................................................... jeng jeng jeng! Lu pikirlah sendiri! Hehe. Gurau jee. Okey, okey. macam ni jawapannya. Nabi Yusuf memang......... handsome! Tapi............. Amboi, banyak dot dot pulak. Hehe. TAPI ! Nabi Muhammad adalah yang paling sempurna ! So, kalau korang semualah, mestilah nak yang perfect gitu! Kann?? Memanglah ada quote yang bunyi macam ni, ' Nobody is perfect'. Sebenarnya manusia sempurna maybe ada, tapi takde manusia yang sempurna sesempurna Nabi Muhammad SAW. 
Nak terang, tapi panjang sangat... Hehe. Ok, jangan marah saya macam ni..  I'm sorry. Ok,kalau macam tu apa kata cuba buka blog ni. Sebab jumpa ni kat sini, tapi nak explain tak berani takut salah or panjang kut. Hee. Cer bukak laa. http://drmegatridzuan.blogspot.com/2009/01/di-manakah-lelaki-sempurna.html Err,, mintak izin la yee. Bagus blog ni, banyak ilmu. 

Tak kisahlah. Soalan saya dah dijawab, cuma tak sepenuhnya la. Hehe. Orait.... Time's up! Lambat dah ni. And, tak lama lagi sekolah. Fuhh,, tak dapat aku bayangkan macam mana tahun depan dengan SEM, SPM.. Phiuuhh... Masak aku gini. Wahh,, bahasa berubah nampak??!! Hehe. Sorry. Ok2, tak nak cakap banyak. I'm sleepy...Doh teringat katil je ni.  Onion11 
Ok, goodnight.. Assalamualaikum! =)



30 November 2013

Hijrah Dari Korea??

Apa khabar hari ni? Hope semua sihatlah kan. Hehe. Well, before kita nak masuk topic yang kat atas tu, kita chit chat la dulu okey. Pasal apa? Ermm....hoho.takde la. Terus masuk topik la. Pelik ke tajuk tu? Takpe, dah baca nanti fahamlah kut. Tapi kalau memang ayat tu salah, sorry la ye. Okey, so saya nak buat pengakuan di sini. Alamak! macam buat salah je?? Oppsssii.........  Tidakkk!!!!! Ok2, ignore je pasal tadi. ( ntah pape je la.. -,-) Tak tahu macam mana nak start. Ok, kalau ada bacalah post yang sebelum sebelum sebelum ni, saya ada cerita la yang kononnya saya ni minat korea. Sangat2 minat and maybe..... quite obsess??? Not sure, but memang gila korea. Tapi.................. sejak bulan 3 tahun ni rasanya, i'm trying to stop from being fanatic to it. why?? sebab saya rasa benda  tu buat saya lalai (even skarang pun maybe still jugak kot sket??) .  Tak kisahlah, tapi sejujurnya saya cuba untuk lupakan segala pasal korea especially lagu-lagu korea. Best tu memang best, tapi buat saya lalai and lupa banyak benda yang sepatutnya saya ingat. Susah tu memang susah sebab mostly orang kat sekeliling saya minat korea. Kalau kat sekolah tu, haisshh.... jangan cakaplah. Kat dorm(saya duk asrama k? =P),ada 2 orang yang minat korea. memang la tengok, alaa.. sikit je punn. Tapi, kat dalam dorm tu kadang2 diorang bukak lagu korea kuat(loudspeaker) so, memang agak susah sampaikan saya rasa macam nak tutup je telinga saya ni dari dengar lagu-lagu tu semua.  Rasa nak lari pun ada. 

Itu baru dorm. Kelas lagilah. Ermm,, kira2 dalam 7-8 orang macam tulah. Tapi! tak semua yang obses gitu dengan korea. Hanya SORANG je yang agak gila + fanatik dengan korea ni. Hah, tanya jelah apa-apa pasal korea, maybe dia boleh jawab semua. Yelah, saya tahu pun sebab dulu masa saya minat korea ni, kadang2 tu adalah jugak share2 pasal korea ni. Pasal lagu la, cerita la, grup penyanyi korea la, macam2 la. Tapi sekarang ni saya cuba elakkan. Tapi saya tak tahulah kenapa susah saya nak cakap dengan mereka2 yang ada kat sekeliling saya yang suka korea ni, yang saya dah tak suka korea. should be anything la pasal korea. Yang tahu saya dah tak suka korea atau lebih spesifik sikit, lagu korea, 2 atau 3 orang kalau tak silap.Yang lain, semua fikir saya ni minat korea. Tapi, kalau nak ikutkan, saya boleh rasa yang diorang ni nampak la yang saya ni dah tak cakap pasal korea. cuma maybe diorang tak sedar yang saya dah stop minat. Takpelah.    Di setiap kesusahan, pasti ada kesenangan. Ingat, Allah ada menyebut dalam Al-Quran,

ان مع العسر يسرا
Sesungguhnya bersama kesusahan itu ada kesenangan.

Ayat ni pun, Allah mengulangnya 2 kali. So yakinlah, di awal permulaan mungkin susah. Tapi di hujungnya nanti pasti hasanah(baik). Ni pun saya ada dengar dalam satu nasyid kumpulan Devotees, tajuknya Hijrah Menuju Allah. Alamak! sorry la, tak dapat nak upload sekali kat entry ni. entah apa masalah agaknya. Takpelah, nanti cari sendiri ok? Hehe.
Kalau dengar lirik betul2 and hayati, mungkin korang feeling sikit. Cehh! haha. ok, sebelum saya undur diri, jom aminkan sama2 doa ni.

Ya Allah, permudahkanlah perjalanan hijrah kami dalam mencari keredhaanMu. Aminn...

So, sampai bertemu lagi dan... Assalamualaikum!

20 November 2013

Happy Holiday !!

Sebelumnya, saya nak minta maaf sangat2 sebab lama tak update blog ni(walhal dh berapa kali balik rumah and on9..hehe.) Well, saya agak malas nak update and busy sikit kot. So, sekarang ni saya dah start cuti sekolah. Hee... Supposely saya cuti jumaat lepas 8 nov, tapi sebab ada kem so kenalah stay sampai 15 nov. Anyway, saya terpaksa balik awal pada 12 nov sebab nenek saya masuk hospital. And sadly, pagi rabu dlm 2.45 pagi, Allah sayangkan nenek saya. Nenek saya sudah pergi menghadap Illahi. Kepada semua yang membaca entry saya ni, sedekahkan al-fatihah kepada arwah nenek saya yang telah meninggal dunia. Al-fatihah. tq.

Okeylah, saya pun tak naklah rosakkan mood. So, jangan sedih2. Live must go on, right? Setiap yang hidup pasti akan mati, cuma masa sahaja yang kita tak tahu. Allah juga ada berfirman dalam kalam-Nya yang mulia iaitu Al-Quranul Karim :

كل نفس ذائقة الموت
Tiap yang hidup pasti akan merasai mati.

Dalam hidup ni jugak, kita kenalah saling mengingatkan antara satu sama lain. Yalah, manusia nikan diciptakan dengan fitrah mudah lupa. Biasalah, semua orang tak sempurna. Hmm, tiba-tiba rasa nak tanyalah kat korang. Antara Nabi  Yusuf dengan Nabi Muhammad, siapa yang paling hensem? Hah, jawab! Jawab! Hee.. Ok, so saya hold dulu soalan ni. Insya-Allah, next entry saya bagitahu jawapan. And, kalau ada sesiapa yang tahu, bagitahu kat komen ok? Maybe ramai je kut yang dah tahu. Tapi tak kisahlah, tahu ke tak, saya tanya jelah. Kut-kut tak ingat ke. Hehe..

Jadi, cuti sekolah ni apa cer? Duduk kampung? Pergi tuisyen? Main game 24 jam? Tengok movie? Tengok cerita korea? Tidur? Pergi kem? Jalan-jalan aka cuti ke tempat yang menarik? Huh, banyaknya kemungkinan yang saya ajukan.Photobucket  Hehe. Kalau bercuti dengan family, kat mana pulak? Langkawi? Legoland? Singapura? Genting? Paris, maybe? Haha,, banyaknya la soalan saya ni. Tak kisahlah kat ceruk mana sekalipun, asal happy.  Ye tak? Yang paling penting, gunakan cuti yang ada ni dengan sebaik-baiknya. Hah, yang nak exam besar tahun depan macam UPSR, SPM and.... PBSMR?? Ahh, apa-apa jelah. so, kenalah get prepared dari sekarang. Especially yang nak SPM tahun depan macam saya.. Hehe. Ni pun peringatan untuk saya jugaklah. Anyway, all the best untuk pelajar SPM tahun ni!

Okeylah, nanti panjang-panjang, semua dah malas nak baca kan? So, next entry insyaAllah saya bagitahu jawapan untuk soalan tadi. Hehe, itulah. Entahlah bila agaknya saya nak post entry baru. Yang ini pun setelah lama sangat saya tak post, dapatlah jugak buat entry baru. Hee. Ok2, jangan panjang-panjang. So, happy holiday and use it wisely ok?! Bye and Assalamualaikum! 

2 August 2013

10 Hari Terakhir Ramadhan ..

Apa cer dah masuk 10 hari terakhir Ramadan ni? Seronok rasanya kan dah masuk Ramadan, bulan yang sentiasa dinanti oleh seluruh umat Islam.  Alhamdulillah, masuk bulan Ramadan ni, mudah-mudahan sampai lah ke akhir Ramadan dan bersambung di bulan Ramadan akan datang.. Insya-Allah. Sama-samalah kita memperbanyakkan amalan kita lagi-lagi dalam 10 terakhir Ramadan ni. 

Tapi adakalanya sedih juga, bila mengenangkan kebanyakan orang melayu kita ni melebihkan hari raya pula. Yelah, bila nak akhir Ramadan ni kebanyakan semua sibuk nak pasang lagu raya. Haish, takde feeling betul! Okey2, memanglah tak salah pun..(I didn't say its wrong ok?) Tapi takdelah kata, haa, 24 jam bukak takbir je, 24 jam dengar ceramah agama jee. Idok lerr.. tapi kalau macam tu lagi bagui dok? hehe.Ok2, entah apalah yang saya merepek ni. Eh, tak merepek, tak merepek. Benar2.Hehe Apa-apa jelah. 

So, sebenarnya saya tak tahu sangatlah nak cakap apa. Okey, biar saya share dengan anda semua tentang.... ini. 

bacalah kawan walaupun sekejap , pleaseeee....

Manusia - Eh, dah subuh dah?
Malaikat - Bangunlah wahai anak Adam, tunaikan solat subuh mu
Syaitan - Alahhhhhh, sekejaplah, mengantuk ni...awal lagi ni..zzZZz

Manusia - Nak makan, laparlah ..
Malaikat - Wahai Anak Adam, mulakanlah dengan Bismillah....
Syaitan - Ahh, tak payahlah... dah lapar ni ! makan saja..sedapnya

Manusia - Hari ni nak pakai apa ye?
Malaikat - Wahai anak Adam, pakailah pakaian yang menutup aurat.
Syaitan - Ehh, panaslah, tak ada style langsung, nampak kampung!

Manusia - Alamak, dah lewat!
Malaikat - Bersegeralah wahai manusia , nanti terlewat ke pejabat.
Syaitan - Ahhh? awal lagi?mmm..aaahh­? suruh si X punchkanlah?

Manusia - Azan sudah kedengaran.. ..
Malaikat - Wahai anak Adam, bersegeralah menunaikan kewajipan
Syaitan - Baru pukul berapa.. rilex lah..awal lagi ni.

Manusia - Eh, eh.... tak boleh tengok ini, berdosa..
Malaikat - Wahai anak Adam, alihkanlah pandanganmu, sesungguhnya Allah Maha Melihat dan Maha Mengetahui !
Syaitan - Perggghh... best tu...rugi ooo kalau tak tengok ni.

Manusia - Saudaraku sedang melakukan dosa
Malaikat - Wahai anak Adam, cegahla ia..
Syaitan - Apa kau sibuk? Jangan jaga tepi kain orang, lantak dia lah

Manusia - Aku telah berdosa..
Malaikat - Wahai anak Adam, bertaubatlah kamu, sesungguhnya Allah Maha Pengampun.
Syaitan - Tangguhlah dulu, lain kali boleh bertaubat... muda lagi kan..lagipun hidup hanya sekali..rugilah­..(kalau sempatla)

Manusia - Kalau pergi, mesti seronok!
Malaikat - Wahai anak Adam, kakimu ingin melangkah ke jalan yang dimurkai Allah, berpalinglah dari jalan itu.
Syaitan - Jangan bimbang, tiada sesiapa yang tahu...Jomlahhh­ !

Sekarang anda mempunyai 3 pilihan :
1. Anda – Patut ke aku biarkan article ini tetap di sini saja??
2. Malaikat - Ingatkan pada kawan yang anda kenal..sebarkan­ lah !
3. Syaitan - Tak payahlah sibuk2 ..biar je disini..kalau, boleh delete je..bukan mereka nak baca pon..

So, tepuk dada tanya iman. Iman anda lebih memilih untuk sebarkan atau biar? Anda yang tentukan. Okey2, Hehe. tu jelah kot. InsyaAllah ini akan memberikan kesedaran kepada kita dan Ramadan ini Allah terima amalan kita dan melipatkaligandakan pahala kita. Aminn.... sekian.. =)

1 June 2013

Cupcakes yang tak berapa jadi ??!



Apa khabar semua? Hopefully sihatlah kan.. So, hmm... Agak lama juga saya tak menjenguk blog saya ni kan? Haha.. manalah korang tahu. Kut-kut saya ada saya intai sekejap ke. Tapi truthfully, memang saya tak jenguk pun sejak cuti sekolah ni. And yet, my school holidays is almost over. Ermm, about 1-2 days more? Sedih la juga, tapi nak buat macam mana. littlegirlemoticon Pengorbanan diperlukan di sini. Hehe.. Well, actually saya akan pergi ke Tumpat, Kelantan.. Wuhuu!! Haha, seronoklah sangat.. Sebenarnya........... saya isteri dia !! Hehe, takde  la, gurau jee. Tapi best jugak kan cerita tu? Saya suka Izzue Islam.. So sweet.girlemoticon and plus handsome.. Hehe. So sebenarnya saya akan pergi ber'camping' with my friends sebabnya tu kem pandu puteri. Haii, kenalah berkorban sikit kan? Pulak tu, family saya nak pergi bercuti minggu depan. Well, tak dapatlah join.. Takpe2, hujung tahun ni kan ada.. Tahun depan, lambat lagi and belum tentu dapat. Yeah, I'm was form 5 at that time and had to focus on SPM. Okeylah..anyway selamat bercuti la ye pada semua budak2 sekolah. Hehe..


Hmm.. Next is about.................... CUPCAKES !! Delicious ! Memang sedap kalau pandai buatlah.. Hah, sebenarnya semalam saya buat cupcake. Tak tahulah macam mana idea tu tiba-tiba je timbul kat otak ni, pulak tu kat pasar raya. And dah alang-alang tu, beli sekali la bahan-bahannya. This it -->

Masa ni dah siap.. lupa nak amik gambar time tengah buat tuu. lain kali la yee. Semua ni bahan yang saya guna untuk buat cupcake, tapi tak termasuk corn oil. saya tak guna pun.. And yang dalam mangkuk tu, coklat yang dah siap, tinggal nak masuk dalam cup je. Oh ya! nampak kan tarikh bagai-bagai semua tu? Itulah tarikh dan masa pembuatan.Eh, tak..Actually ni lepas makan tengahari..Hehe..

So, mestilah korang semua nak tengok hasil daripada air tangan saya dan adik saya, Luqman kan? Orait, jom tengok ! Hehe...

Hah, inilah dia cupcake yang tak jadi! Hahaha... Adoii, hancusss!

Ok, kali ni memang tak jadi. Yelah, first time buat cupcake, macam nilah rupanya. Teruk jugakkan? But not bad sangatlah saya rasa. Taste still ada, boleh tahan cuma atas dia macam err,, tak lembut sangat. Tapi kalau makan okey je kut. Haha, entahlah. Haii, no comment. Apa-apa pun, before balik maktab ni, saya akan buat jugak kek ke cupcake ke yang menjadi punya! Insya-Allah, kalau saya sempat tunjukkan pada korang-korang semua kek saya yang menjadi tu, saya tunjuklah. Kalau tak tunjuk tu, maybe sebab tak sempat atau maybe........................... tak jadi??! Haha, tak kisahlah. Tapi itulah, saya balik maktab hari isnin ni, before tengahari pulak tu. Macam tak sempat je kan? Depends la nanti macam mana. 

Nak rasa? Boleh, rasa melalui pandangan jelah. Haha.. Takkanlah nak post pulak..Hancur karang jadinya kek tu. Okeylah, tak boleh panjang-panjang. Ada kerja lain pulak. Buat cupcake? Haish, takde kerja nak buat cupcake malam-malam ni. Buat meremang bulu roma je duduk dapur karang. littlekittyemoticon Hehe, takdelah. Okey, so selamat bercuti kepada semua yang masih bercuti pada minggu depan.. Untung korang yee.. Takpe, takpe.. Kadang kala kita kenalah berkorban kan? Orait.. Tataa!! Nite semua! Happy Holiday! See you soon ok?


5 May 2013

A Lesson to Us..


Nite everyone ! So, how's? Yeah, its long no see.. Hehe. Ye ke? Hmm.. Jadinya, apa cerita kita kali ni ek? Oh ya! Before I forgot, my result for the standardized test before is quite okay. It's not bad, but okay. Actually, takde apa benda sangat pun nak diceritakan. Apa-apa pun, dah takde cerita kan? So, saya nak kongsi sedikit..hmm, kisah? pengajaran? cerita? Lebih kurang macam cerita yang ada pengajaran la gitu. Okay, bedtime story ! (Hehe, jangan tertidur pulak baca! ^_^ ) 

Alkisah, ada seorang Tok Guru ni, dia telah dijemput untuk menghadiri ke suatu majlis jamuan makan. Tok Guru yang berpakaian sederhana ni, pergilah ke majlis tersebut. Tup! Tup! Sampai je kat majlis tu, kedatangan Tok Guru tidak dirai atau dijemput. milkysmile Tuan rumah yang buat majlis ni macam lebih mengutamakan orang-orang kenamaan, yang kaya-raya, yang berpangkat tinggi dan yang ternama + termasyhur la. Jadinya, Tok Guru tu terasa macam dia tu dipinggirkan. So, bila dia tengok sikap 'pilih bulu' tuan rumah tu, Tok Guru ni pergilah balik rumah dia dan menukar kepada pakaian yang lebih glamour gitu! Photobucket Mahal plus yang liplap-liplap punya! Hehe, takdelah. Yang penting yang mahal and nampak macam orang yang glamour gitu.

Lepas tu, Tok Guru ni pergilah ke majlis tu balik. Bila dia sampai, kedatangan dia disambut mesra dan dijemput hormat untuk menjamu selera makanan yang lazat, tak macam masa dia mula-mula datang tadi. Tok Guru tu pun pergilah ke tempat makanan. And.. Purr! Habis semua baju, seluar dan seluruh pakaiannya, dia tuang lauk-pauk dan makanan yang dihidangkan. Orang ramai yang ada kat situ rasa peliklah kan?  Mereka tanya, " Mengapa?" Tok Guru tu pun jawablah, " Tuan rumah hendak menjamu pakaianku, bukan diriku! " 

So, pengajarannya ialah janganlah kita ni memilih darjat atau pangkat. Jangan hanya kerana dia pakai baju biasa-biasa je, dah tak layan. Buat bodoh je.. Aishh, bengang, bengang. Pandangan kita terhadap diri kita sendiri tu sebenarnya adalah jauuhhh..... lebih penting daripada pandangan orang lain terhadap diri kita. And inilah yang dikatakan HARGA DIRI  dan SYARAT UTAMA nak berjaya. So, tak payah risaulah kalau kita ni tak dihargai, TAPI ! Risaulah kalau kita betul-betuull....tak berharga. Kesimpulannya, harga diri kita bukan terletak pada barang-barang bernilai yang kita pakai atau kita miliki, tetapi pada ilmu, akhlak dan takwa yang ada dalam diri kita.

Orait, habis sudah cerita kita pada kali ini. So next time kita see you, see you ok? Terima kasih kepada suuuuuuuuudddii..... baca entry saya ni. See you next time ! Photobucket

31 March 2013

Jom Kita Kenal !!



Hai semua ! So, amacam ? Macam mana cuti kali ni? Ada pergi jalan-jalan? Mesti adakan.. Tak kisahlah dengan family ke, kawan ke, sepupu sepapat ke, siapa-siapa sajalah..Hah, sharelah dengan saya. Saya sudi mendengar. Cer cite, cer cite. Hehe.. Patutnya sayalah yang kena cerita kan.. Okey, okey. nak ceritalah ni.. Sabar yee..

Ok, kalau anda semua perasan, rasanya takde pun entry tentang intro pasal minah yang berceloteh ni, kan?? Hah, time nilah saya nak memperkenalkan diri saya yang taklah berapa nak perfect, tapi mungkin comel kot..girlemoticon Macam ni.. Haha.. Itu kata kawan-kawan saya. Depa yang dok kata cek ni comey benor.. Hehe. Okey, okey. This is me !
* Ehh,, salah upload pulak..anyway, comel kan? Macam saya.. =P
Gurau je. Tengok ni... Tadaa..

Ini barulah betul ! Comel kann?? ~ngee~

Okey, dah kenal sekarang kan? Tak kenal maka tak cintalah.. Hehe. Ops ! No cinta-cinta la.Study ! Study ! Haha... Okey. Sekarang ni saya nak berkongsi cerita. Hah, ni pasal saya pergi satu konsert. Tapi dalam maktab je pun.. But even dalam maktab pun, meriah sangat ! Konsert tersebut ialah.... Konsert Ekspresi Cinta Islam bersama Devotees !! Best betul ! Tak pernah ada grup nasyid tu datang kat sekolah. So, of cozlah rasa excited !littlegirlemoticon Siap ambik autograf lagi.. Tapi saya tahu, tak ramai budak-budak sekarang ni yang minat lagu-lagu nasyid. Sekarangkan ramai yang minat artis K-POP. ( Termasuklah saya..^_^ ) Takpe, takpe. Apa-apa pun, konsert tu memang best! Terbaik dari ladang.. haha. Okey, sekarang tibalah masa yang ditunggu-tunggu.. Jeng! Jeng! Hah, saya nak tunjukkan kepada pembaca-pembaca setia saya, wajah-wajah yang mungkinkah anda semua kenal?? Hmm... Siapa agaknya ye? Sekarang saya ingin memperkenalkan budak-budak classmate saya.. Depa semua happening tau.. Hang jangan tak tau. Jadi, tanpa melengahkan masa, jom kita kenal !!



This is Aqeel. Inilah dia Presiden kelas.. (untuk tahun ni je!)
Mek ni pulak ialah Vice-Pres. Orangnya so happening sampai buat orang terpening-pening. Memang seorang yang selamba dek jee.. 
Ini pulak Ah Long. Bendahari la katakan.. Hehe. Actually nama dia Rais. 
Ini Afifah. Mata duitan. Haha, takde la. Gurau jee. Dia ni sebagai bendahari jugak, tapi bagi pihak perempuan jelah.

Now, ahli-ahli kelas yang lain pulak.. Jom!
Ketua batch kami  iaitu... NABIL !!
This is Basyir. Must speak English.( Takdelah,gurau je). Muka macam cina kan? ^_^
Hah ! Ini dia budak yang ada lesung pipit, bukan lesung batu tau! Bila senyum, nampak la lesung pipit dia tu. Muka dia tu macam Cikgu Abdullah.. Depa la yang habaq. Muka Cikgu Abdullah pulak macam Black Mentor pulak dah... Eh, lupa pulak. Hehe. Ni Ismail @ Mail..
Izzuddin @ Udin. Dulu agak rendah, but sekarang tinggi bukan ke main lagi.. Lebih dari saya.. Haha, biasalah tu. Lelaki kan memang macam tu. Naik f3 f4 cepat je membesar. Hehe.
Ini Ahda. Budak silat dan agak aktif dalam silat. Sebelum cuti hari tu masuk pertandingan silat. Aktif la tu kan? Budak ragbi jugak. Tak percaya? Hah, lepas ni ada lagi sorang yang korang mungkin tak percaya yang dia ni budak ragbi jugak. Tadaa !!
 Ni dia !! Iltizam @ Zam. Seriously, tak tipu. Nampak je kurus kering semacam, tapi masuk ragbi. Anyway, he's our photographer.
Hurmm, looks cool? Yeah, maybe.Amir. Err, yang pakai baju warna kuning tu okey?bukan yang bertutup tu.
Budak specky ni pulak, Farhan @ Paan @ AP. Banyak betul nama panggilan dia kan? 
Ting!Ting! Here's come our athlete ! Arif !! Ni dia atlet harapan maktab..(Ye ke? main cakap je..) Atlet long distance..
Eh, eh ! Ada sesiapa yang jatuh hati ke? Oh, pleaselah. Ceh, haha. Handsome ke? Biasa je kut. Hee.. Dia ni jarang and memang agak jarang nak nampak dia cakap dengan perempuan. Sampai ada yang gelar dia 'Putera Dingin'. Yeke? Haha.. Ni Luqman namanya.
Depa kata dia ni matured. Betui ka? Tak tau la cek. Yalah kot.. Haha. Anyway, ini Asyraf @ Acap.
Ni pun sama juga macam Luqman. Dah nama pun sama, cuma tambah 'ul' je kat belakang. Jadilah Luqmanul.
   
  Player caklempong paling famous pada abad ni. Haha.. I'm not kidding. Aiman @ Bean, budak lelaki yang selalu panggil dia macam tu.. I'm just following.
Ops! Ada sesiapa yang terkejut tengok muka ni? Muka nilah yang telah menjadi ahli baru dalam kelas saya, untuk setakat ini la.. Hehe. Mesti ada yang kenal kan? Kalau tak kenal, takpe. Baguslah.Haha. Okey. So this is Danish
Mek ni pun macam Basyir, ada campuran cina. Cuba tengok nama dia, Sofiyah Fu'adah Ding bt Sulaiman Ding Yu Zhong. Betul kan? Tapi mek ni kecek kelate pun buleh. Aktif dalam Kepo. Hah, apa tu? hehe. Kadet Polis. quite active...
Antara pelajar yang pandai dan pernah dapat 4 flat tuu.. Even once, at least pernah la kan. Ni Alifah.
Nadiah @ Nano ni memang kadang2 tu kecoh. Tapi dia okey je. Mesti macam pelikkan macam mana boleh dapat nama Nano tu. Tu gabungan nama dia dgn ayah dia. Nadiah Norzli.
Cuba teka mana satu Habibah? Haha, mestilah selain daripada Nadiah kan? Exactly. Yang buat 'peace' tu..
Ini memang peminat tegar K-POP. Try la tanya pasal K-pop, mesti dia tahu. Memanglah ada yang dia tak tahu, but bila tiba topik kpop je, dia excited gila. Nak tahu siapa? Ni dia, Alisya.
Hah, ni pulak Syifa. Aduhh, kalau suruh dia buat muka gedik, definitely jadi! Haha. kadang2 tu ter'over' la sikit. And dia ni, asal ada kamera je, kalau boleh mesti nak ambik gambar. Hmm..
Aisyah pulak agak pemalu orangnya. Tapi takdelah malu sangat. Biasa2 je. Agak comel? Hmm..Maybe.
This girl pulak memang peminat setia warna PINK. Hampir semua barang dia warna pink. This is Farhana.
Ini pulak Humaira. She's genius too. Pernah dapat pointer 3.99
Comelnya! Eh2, saya cakap binatang tu yang comel. (padahal tak nampak full pun)Hehe.This is Fatihah. She has her blog too.
Keibuan. Itu sifat yang kawan2 saya yang bagi. Tapi kadang agak tegas. Azmina atau lebih senang kteorang panggil Amin.

Fuhh !! Akhirnya.. Habis jugak. Panjang gila kan? Yelah, nak kenalkan ke30-30 orang kepada anda. Terima kasihlah kepada yang sudi membaca entry saya pada kali ni. Terima ksih banyak-banyak. Okeylah.. Dah lewat ni. Esok saya nak balik maktab dah. So, next time kita jumpa lagi okey? Daa..Bye... Assalam. Nite semua !!


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...